Bintang Manchester United, Donny Van De Beek melaungkan amaran kepada bakal lawan mereka di pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah.

Manchester United yang kini diuruskan oleh Ralf Rangnick sebagai interim, dalam fasa untuk menaikkan semula motivasi mereka.

Di mana Manchester United turut bermain denga sistem permainan yang baru iaitu berasakan formasi 4-2-2-2.

Van De Beek sebelum ini banyak disisihkan pada era Ole Gunnar Solskjaer. Dan pemain itu sudah sedia untuk merebut tempat dalam pasukan utama.

Bercakap tentang peluang Manchester United dalam pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah, pemain antarabangsa Belanda itu menyatakan bahawa Red Devils sudah bersedia untuk menewaskan sesiapa sahaja lawan mereka di pusingan kalah mati itu nanti.

Manchester United menamatkan saingan kumpulan F sebagai juara kumpulan walaupun mereka seri 1-1 berdepan dengan Young Boys dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Ada beberapa lawan yang sukar menanti Manchester United di pusingan kalah mati. Pasukan yang berada di tangga kedua di peringkat kumpulan tersebut adalah seperti Paris St. Germain, Atletico Madrid, Sporting Lisbon, Inter Milan, Benfica, dan RB Salzburg.

Donny Van De Beek tidak berharap pasukannya dipertemukan dengan pasukan yang dianggap lebih lemah seperti Sporting, Benfica, atau Salzburg.

Kerana menurut Van De Beek mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi lawan yang besar seperti PSG, Atletico, ataupun Inter.

Bercakap kepada Metro UK, Van De Beek berkata: “Pasukan mana sekalipun yang beraksi di Liga Juara Juara Eropah, bermakna mereka pasukan yang kuat.”

“Saya berpendapat, kami harus melihat kepada diri sendiri. Kami harus menunjukkan prestasi sebaik mungkin kerana saya yakin pemain pemain kami memiliki segalanya untuk mengalahkan mana mana pasukan sekalipun.”

“Jadi kami harus bekerja keras setiap hari dan saya percaya kami mampu mengalahkan sesiapapun kalau kami bermain dengan baik,” kata Van de Beek.

Lawan Manchester United dan pasukan pasukan lain dalam peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah akan ditentukan dalam undian esok, 13 Disember 2021.

Kali terakhir Manchester United menjuarai Liga Juara Juara Eropah adalah ketika era Sir Alex Ferguson musim 2007/08 yang lalu.